Blog Pembentangan Kumpulan

Headline

Sunday, January 8, 2012

MINGGU 1


Assalamualaikum w.b.t.   

Saya sangat teruja untuk mempelajari subjek MZU 3104.  Walaupun sebelum ini saya tidak pernah mengenali subjek ini tetapi saya sangat gembira apabila dapat mempelajari subjek ini kerana kali terakhir saya mempelajari subjek muzik ketika sekolah rendah. 

Pada mulanya saya sangkakan subjek ini mudah, tetapi selepas pensyarah menunjukkan proforma bagi subjek ini saya berasa sangat gerun sekali.  Saya melihat kandungan yang terdapat dalam proforma memang agak sukar bagi saya.  Saya memang tidak pernah mengetahui tentang hal-hal yang berkaitan dengan muzik.  Sudah hampir 8 tahun saya tidak mempelajari muzik dan saya sangat gementar untuk mempelajari subjek MZU 3104 ini.  Saya takut jika saya tidak dapat mempelajari dan memahami subjek ini dengan sebaik-baiknya tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk mempelari subjek MZU 3104 bagi semester ini dan melakukan yang terbaik dalam setiap hasil kerja saya bagi subjek ini.

Pensyarah telah mengagihkan setiap tajuk kepada kumpulan-kumpulan kecil.  Setiap minggu akan ada satu kumpulan yang akan membuat pembentangan bagi tajuk yang diberi.  Subjek ini mengajar saya untuk membuat tugasan secara berkumpulan.  Saya dan ahli kumpulan akan cuba berkolaborasi antara satu sama lain untuk menghasilkan satu pembentangan yang menarik, tepat dan padat.   

Saya akan belajar dengan tekun bagi subjek ini dan membuat yang terbaik dalam pembentangan yang akan dibuat bersama ahli kumpulan saya yang lain. Pada akhir pembelajaran nanti, saya berharap saya akan mendapat banyak input yang baharu dan saya boleh aplikasikan pada masa hadapan. 

Terima kasih.
Teruskan Membaca...

Twitter

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

marinahmzu3104 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template